Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 26 March 2011

sanggup awk tipu saya!!!

Ain adalah wanita yang setia pada kekasihnya Risyam. setiap hari Ain selalu menanti panggilan telefon dan mesej dari Risyam. Ain tahu Risyam selalu sibuk dengan kerjanya. kadang-kadang Ain selalu rasa ditinggalkan dan selalu rasa kesepian. disebabkan hubungan mereka jarak jauh tapi Ain tetap percaya, jujur dan setia pada Risyam. malah Ain mengharapkan Risyam di sana pun akan setia dan jujur padanya. 

Ain selalu takut akan kehilangan Risyam. kalau boleh Ain selalu nak bersama dengan Risyam setiap detik, setiap minit dan setiap saat. Ain juga mahu melihat Risyam ketawa, bergurau senda malah ingin bermanja-manja dengan Risyam. tapi takdir menjauhkan mereka. tetapi Ain redha dengan ketentuanNya. mungkin ini merupakan dugaan antara Ain dan Risyam. hanya kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan yang mampu membuat mereka sentiasa bersama.

Ain tetap sabar dengan peragai Risyam. walaupun Ain rasa dirinya selalu merasa kesepian dan dahagakan kasih sayang kekasihnya itu. tetapi Ain tetap memahami akan keadaan Risyam yang selalu sibuk dan kurang melayani Ain sejak akhir-akhir ini. Kadang-kadang Ain menangis disebabkan dirinya dipenuhi kesepian dan kerinduan terhadap Risyam. Tetapi Ain sedar Risyam sibuk dengan kerjanya bukan sibuk melayani pompuan lain.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Dila kawan sepejabat dengan Risyam selalu mengajak Risyam keluar makan setelah habis waktu kerja. Dila dalam diam-diam dia menaruh hati pada Risyam sedangkan dia tahu yang Risyam sudah mempunyai kekasih. Tetapi disebabkan rasa cintanya yang membuak-buak pada Risyam, Dila tetap ingin memiliki Risyam. Mereka pun pergi makan di sebuah restoran yang mewah. Risyam menerima panggilan telefon dari Ain. Dengan pantas Risyam "end call". Ain berkali-kali menelefon Risyam tetapi Risyam tidak juga menjawab panggilan Ain itu. Selepas makan Risyam menghantar Dila pulang ke rumah. Setelah menghantar Dila pulang Risyam pun bergegas pulang ke rumahnya. Setelah sampai di rumah Risyam menghantar mesej kepada Ain dan memberitahu yang dia sibuk dan telefon masa itu berada di dalam beg dan tidak mendengar semasa Ain telefon. Ain mendengar sahaja penjelasan Risyam tetapi Ain tetap rasa ragu-ragu kerana sebelum ini Risyam tidak pernah berperangai sebegini. Malah Ain tetap percaya yang Risyam tidak akan curang di belakangnya kerana tiap-tiap hari Risyam akan mesej Ain walaupun sudah lewat malam. Walaupun Risyam peragainya suka melayan perempuan lain tetapi Ain tahu yang perempuan tersebut adalah kawan sepejabatnya dan tidak lebih dari itu.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Setiap hari Risyam keluar dengan Dila. Boleh dikatakan sepanjang hari Risyam selalu ditemani oleh Dila. Sedar tidak sedar hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Risyam selalu habiskan masa dengan  Dila sahaja dan hugungan Risyam dengan Ain semakin renggang malah kadang-kadang Risyam tidak pedulikan Ain langsung.

Ain merindui Risyam teramat sangat. Ain teringin nak beritahu Risyam bahawa yang dirinya kesepian dan terlalu merindui kekasihnya itu. tetapi Ain tidak berdaya dan dia hanya pendamkan saja di dalam hatinya itu. Walaupun dia rasa benda itu amat memilukan hatinya. Ain terus dan terus menangis keseorangan di dalam biliknya itu. Disebabkan rasa rindunya pada Risyam yang membuak-buak itu Ain tabah dan menerima situasi tersebut. Sedangkan dia tahu bahawa hubungan mereka berdua tidak seperti dulu lagi. 

Malam itu Ain menatap gambar dia dan Risyam. Di dalam hatinya berkata "sayang.. Ain terlalu rindukan sayang". "Kenapa sayang tidak seperti dulu lagi???" Adakah Ain melakukan kesilapan sehingga peragai sayang berubah dan tidak melayani Ain seperti dulu lagi???" Ain perlukan sayang, Ain ingin bermanja-manja dengan sayang seperti dulu" sambil mengalirkan airmata seperti sungai yang mengalir tanpa berhenti.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Risyam beritahu kepada Ain yang dia kena outstation di Pasir Gudang, Johor. Kebetulan Ain juga kena outstation di sana juga. Mereka merancang untuk bertemu di sana. Ain berasa gembira sebab dapat bertemu dengan Risyam di sana. Ain fikir apabila dia bertemu dengan Risyam boleh lah dia bermanja-manja dengan Risyam kerana dia teringin sakali nak bermanja dengan Risyam sejak mereka berjauhan. 

Setelah selesai tugas kerja. Risyam menelefon Ain. "dear you ada kat mana??? kerja I dah settle". "Ain ade kat restoran nie you dtg lar sini. Actually, I jumpa dengan client dekat sini tadi" I tunggu you ok" bye sayang.. love you so much" terus Ain meletak telefon bimbitnya itu. Risyam pula bergegas ke restoran tersebut.

Apabila Risyam sampai dengan pantas Ain menghulurkan tangan kepada Risyam untuk mencium tangan Risyam, lalu Risyam mengucup dahi Ain yang lincin itu dengan penuh kasih sayang. Mereka pun berbual dan Risyam menyuruh Ain memesan makanan dahulu kerana dia ingin pergi ke tandas sebentar. Risyam bingkas bagun dari tempat duduknya dan meninggalkan telefon bimbitnya di meja makan. 

Tidak sampai beberapa minit mesej dalam telefon bimbit Risyam berbunyi dan dengan pantas Ain mencapai telefon Risyam itu dan membuka peti mesej Risyam dan melihat siapa yang menghantar mesej tersebut. Dengan muka terkejut, sedih dan kecewa Ain tidak tahan dan akhirnya airmatanya mengalir tanpa berhenti.  Rupa-rupaya Dila yang menghantar mesej tersebut. "hye sweet you ada kat mana?? I rindu lar kat you coz tak dapat jumpa you time you outstation" "miss you so much". Ain menangis tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya itu. Ain berkata dalam hatinya "Ya Allah adakah betul apa yang aku baca ini"??? "kenapa Risyam sanggup tipu aku". " Sedangkan aku fikir dia jujur dan tidak pernah berbohong padaku". "Aku tidak sanggup lagi menanggung semua ini Ya Allah". "Berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk mengahadapi semua ini Ya Allah". Ain berucap dalam hatinya sambil menangis. 

Risyam pun kembali ke meja makan tersebut dan melihat Ain menangis. Risyam dengan rasa hairan terus bertanya kepada Ain "kenapa sayang??? knp sayang menangis ni???". Masa itu lidah Ain terus kelu dan tidak mampu menjawab pertanyaan yang ditanya oleh Risyam. Dengan lemah Ain menghulurkan telefonnya dan beritahu bahawa ada seorang wanita yang menghantar mesej padanya sebentar tadi. Risyam dengan pantas membuka dan membaca mesej tersebut. Wajah Risyam berubah dan dengan pantas Risyam mencapai tangan Ain tetapi Ain cepat-cepat menepis tangan Risyam dari disentuh dan pergi meninggalkan Risyam.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sudah hampir dua minggu Risyam tidak henti menelefon dan menghantar mesej pada Ain untuk memujuk Ain. Tetapi Ain masih tidak melayan Risyam dan tidak menjawab panggilan dan  juga tidak membalas mesej tersebut. Beberapa hari kemudian Risyam tergerak hati ingin pergi ke dapur untuk minum air lalu tanpa tidak sengaja terdengar perbualan Dila dan kawan baiknya Nurul. "Dila aku nampak kau semakin rapat dengan Risyam" "apa niat kau sebenarnya ha...???" tanya Nurul kepada Dila. Dila pun menjawab "sebenarnya aku nak balas dendam pada lelaki ni". "kebetulan aku tengok Risyam macam senang digoda so aku nak hancurkan hubungan dia dengan kekasihnya dengan godaan aku ini". Risyam dengan perasaan benggang dan marah apabila mendengar Dila berkata begitu dan dia terus mendapatkan Dila dan terus menampar Dila tanpa bertanya apa-apa. Dila sebenarnya ada niat jahat untuk menghancurkan hubungan Risyam Dan Ain. Kerana Dila pernah disakiti oleh bekas kekasihnya dan dia ingin membalas dendam terhadap golonggan lelaki. Tanpa diduga Risyam adalah mangsa Dila. Tetapi Risyam dapat menangkap niat jahatnya itu kerana Risyam telah mendengar perbualan Dila dan kawan baiknya Nurul semasa di ruang dapur di pejabat tersebut.

Sekarang baru Risyam sedar yang dia telah digoda oleh Dila kerana dendam Dila terhadap lelaki. Risyam menyesal sangat-sangat kerana disebabkan Dila dia kurang berhubung dengan Ain. Dan disebabkan Dila juga Ain kecewa kerana membaca mesej yang dihantar oleh Dila tempoh hari. Risyam sedar bahawa Ain lah wanita yang dia cintai dan dia sayangi. Malah dia ingin memohon maaf atas segala perbuatannya itu. Risyam sedar bahawa Ain lah terbaik untuknya bukannya perempuan lain. Risyam menangis kerana rasa sikapnya itu. 

Setelah sebulan berlalu. Risyam terserempak dengan Ain di tempat parking kereta di  JUSCO. Risyam bergegas mendapatkan Ain. Dia sedar atas kesilapannya itu dan ingin memohon maaf kepada Ain. Risyam sapa Ain dengan penuh sopan "Assalamualaikum.  Ain menoleh dan dengan rasa terkejut dan tidak sangka dia melihat lelaki yang penah kecewakan dia dulu sekarang berada di depanya. Ain pun menjawab "W'salam..

Risyam terus mencapai tangan Ain dan melutut meminta ampun atas perbuatannya itu dan berkata dia tidak akan mengulangi lagi perbuatannya itu malah meminta Ain  memberi satu lagi peluang untuk dia memperbaiki perbuatannya itu sambil menangis. Orang-orang di tempat parking tersebut melihat dengan penuh tanda tanya dan hairan atas perbutan Risyam tersebut. Ain hanya melemparkan senyuman dan berkata "sayang Ain dah lama maafkan sayang" " Ain tahu yang sayang akan cari Ain juga suatu hari nanti". "Alhamdulillah akhirnya sayang berubah juga". Risyam bangun dan ingin memeluk Ain tetapi dia sedar yang mereka sedang berada  di tempat  awam. Risyam hanya tersenyum dan berulang-ulang kali berterima kasih dan mohon maaf  pada Ain.  Risyam memandang sekeliling dan melihat orang tidak ada di kawasan itu dan dengan pantas Risyam mengucup dahi Ain dengan penuh kasih sayang dan gembira kerana Ain memberi peluang padanya lagi. Dia bersyukur yang dia masih lagi diterima oleh Ain untuk memperbaiki dirinya itu. Selepas enam bulan mereka  berjaya diijabkabulkan dan mengharungi kehidupan yang penuh dengan kebahagian dan penuh kasih sayang.....











0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More