Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 25 March 2011

RINDU SANGATTT!!!


Dila memerhatikan jam d idinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.2.00 pagi. "Dila, Dila bangun sayang". Danial mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Dila tertidur, abang nak makan?" tanya Dila. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Dila. "Arrggh rindunya Dila pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Dila masak hari ni, ikan cencaru sumbat
kesukaan abang," luah Dila dalam hati.

"Abang naiklah dulu Dila nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta Dila sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih
perasaannya. Dila ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana diasememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Dila menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya
masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Dila", bisik hati kecilnya. "Aargghh rindunya Dila pada abang. "Dila rindu nak peluk abang, Dila nak kucup abang, Dila rindu abang". Selesai solat subuh, Dila panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Danial tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Dila kejutkan Danial, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan
buat suami tersayang. Dila keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum" , sapa Danial yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Dila cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Dila tetap kecewa apabila Danial hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Dila dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Dila menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Dila belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Dila", kata Dila selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Dila pada abang....... ."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
--------- --------

"Danial, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Danial acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Danial. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Dila ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari kerja sambilan, sampai ke universiti malah sekarang bekerja "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Dila, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Danial. "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Danial sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
--------- --------

Dila membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Danial. Majlis cukup meriah dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah anak kesayangan.
Saat-saat sebegini Dila teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Dila menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Danial, bukan satu tempoh yang pendek. Dila bahagia sangat dengan Danial, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Dila sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Danial. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Dila, abang tidak menyesal?". tanya Danial 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Dila setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Dila dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Dila,"janji Danial. "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Dila lagi. "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Danial meyakinkan Dila.

Dila masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Danial dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Danial yakin Dila mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Dila tidak salahkan Danial sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Dila masih belum mampu
memberikannya zuriat. Walaupun Dila sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Dila pada abang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
--------- --------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Dila, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Danial terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Danial. "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Dila sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan", Jelas Danial. "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Danial.

------------ --------- --------- --------- --------- ---------
--------- -----

Dila masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Danial di Gemas. Kini dah
hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Dila pada abang.


Dila tahu Danial pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Dila menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Danial. Dila masih tidak menaruh syak pada Danial, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Danial bila dia pulang malam nanti, tapi Dila takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Dila pada abang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
--------- --------

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Danial pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya. "I ikhlas Danial, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Danial, tapi Dila?

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
--------- --------

"Abang Dila tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Dila pagi tu, sebelum Danial ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Dila call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Dila ni." jawapan Danial yang betul-betul membuatkan Dila mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Dila sakit demam Danial sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Dila. Arrgg rindunya Dila pada abang.

Disebabkan Dila terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Dila menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Danial pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Dila masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Danial. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Dila pada abang.

Apabila Danial selesai mandi dan tukar pakaian, Dila bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat. "Abang, Dila nak cakap sikit boleh?" Dila memohon keizinan seperti kelazimannya. "Dila, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Danial. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Dila tak berpeluang abang". ujar Dila dengan lembut. "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Danial. Meleleh air mata Dila, dan Danial rasa bersalah dan bertanya apa yang
Dila nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin dengan Dila sejak akhir-akhir ni? Tanya
Dila. "Dila, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Danial beralasan. Dila agak terkejut, selama ini Danial tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Dila, tapi sekarang?" Ujar Dila. "Sudahlah Dila abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Danial lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Dila, Dila sedar siapa Dila, Dila tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Dila terus bercakap dengan sedu sedan. "Sudahlah Dila abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka.Bosan betul..." Pagi tu, Danial keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Dila dan tanpa suara pun. Dila makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Danial terus tidak pulang ke rumah, Dila menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Dila risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Danial bila dia kembali. Dila masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Danial muncul dan Dila terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Danial hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. dila kecil hati dan meminta Danial pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama danial. Danial sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Dila kecewa lagi. Danial pulang lewat malam. demam Dila pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Danial dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
--------- --------

Abang pulanglah abang, pulanglah Dila ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Dila. Dila kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon
itu disambut oleh Zikri. "Syukurlah Dila kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Dila. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Dila itu. Setianya kau perempuan,
bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku,
boleh?" pinta Zikri "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last
sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Dila.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
------


"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Dila hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Dila, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Danial dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Danial dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.

Dila menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Dila menantikan Danial sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Danial pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Dila bertekad untuk bertanya.

"Ya betul apa yang Dila dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Dila, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Dila, kerana mereka juga sayangkan Dila, dan Dila kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Dila." Janji Danial.

Dila sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Dila terlalu kecewa.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
------

Danial masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Dila pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah. "Insya-Allah En. Danial, dua-dua selamat". terang doktor pada Danial. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Danial "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early
delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Dila mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Dila", kesal Danial.Malu rasanya untuk menatap muka Dila. "Kenapa Dila tak bagi tahu abang yang Dila mengandung? kesal Danial. "Dila memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Dila tak sampai hati bang, Dila tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Dila.

"Dila sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Danial. Kesal kerana mengabaikan Dila yang mengandung itu, membuatkan Dila risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa
kehopital, dan mujur jugak Dila pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
------

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah papa yang buat,"marah Danial bila melihatkan Dila cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Dila tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat."Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Dila. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Dila hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Dila dan andainya apa-apa berlaku Dila akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Dila akan dilawati oleh Danial. Dila amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Dila sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Dila amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Dila, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Dila mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Danial tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Dila di dalam sana . Danial makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.

Danial meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Danial terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya
upaya untuk selamatkan Puan Nuradilah." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Danial yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
------

Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Danial sambil membelai dan mengusap kepala Nur Dania Iman yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Dila. Dila hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Nur Dania Iman. Dila masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Dania Iman buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu.. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Nur Dania Iman, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Dila menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Danial. "Mungkin mak Dila datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk
Danial menenangkan Dila. "Abang... tolong Dila bang!!" laung Dila dari bilik air. "Ya Allah Dila kenapa ni? Danial ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" danial menjerit memanggil emaknya
didapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Danial" perintah Mak Zaharah.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
------


"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya" , terang doktor. Terduduk Danial mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Nur Dania Iman seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nuradilah lagi. Nur Dania Iman menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan
seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Nur Dania Iman terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Danial mendukung Nur Dania Iman dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
------

Abang yang Dila rindui,

Abang maafkan Dila kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Dila sudah jauh meninggalkan abang, Dila tak arapkan Dila akan selamat melahirkan anak ini, tapi Dila harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Dila. Itu harapan Dila bang. Dila masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Dila tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Dila dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Dila menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.

Saat Dila menulis surat ini, Dila masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Dila bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Dila bahagia, cukuplah saat manis ini Dila dan dia. Dila rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan
Dila hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Dila redha bang. siapalah Dila untuk menolak ketentuanNya. Dila tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Dila untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Dila cintai dan kasihi selamanya.. Dila redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Dila redha, kerana Allah telah memberikan Dila sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Dila harap abang redha sebagaimana Dila redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Dila untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.

Andai apa yang Dila takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Dila harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Dila harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Dila harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Dila, Dila tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Dila, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Dila rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Dila ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Dila tak berkesempatan, dan walaupun kini Dila tiada lagi, tapi Dila nak abang tahu yang...

Dila rindukan abang...... Dila rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat....

Sekian,


Ikhlas dari isterimu

NurAdilah Bt. Mohd Nasir


Danial melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nuradilah... . dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Dila.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik
hati Danial.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----

Kini hampir genap 20 tahun Dila meningalkan Danial.. tetapi surat terakhir dari isteri yang tercintanya itu masih segar dalam simpanannya. ... Kini dia sedar betapa dalamnya cinta itu jika disemai setiap hari dengan erti kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan penuh bertanggungjawab. .. lerai lah sudah segala galanya.. sekian. ...

SAYANGI LAH IA SELAGI IA ADA DI SISI......

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More