Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday 21 May 2011

Cemburu tanda sayang..tapi jangan berlebihan!!!



~~~> Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu    
           kerana ia sudah adat  cuma jangan berlebihan.
   
~~~> Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan 
          keretakan dalam hubungan.

~~~> Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca 
           apabila perasaan marah  dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali 
           wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan  akan mula berfikir untuk 
           memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami 
           perasaan diri yang sebenarnya.

~~~> Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan    
           dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah 
           menguasai diri dan hubungan berakhir,  lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada 
           jodoh dan sefahaman.

~~~> Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh 
          kekal bersama orang  tersayang.

~~~> Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua 
           pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

~~~> Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa 
          cemburu tetapi biarlah  berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang 
          tetapi jangan melampaui batas.

~~~> Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya 
          disebabkan cemburu pada pasangan?

~~~> Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang 
          perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.

~~~> Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu 
          mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

~~~> Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi 
          mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan 
          berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

~~~> Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan 
          mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

~~~> Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, 
          sudah pasti kita juga akan setia padanya.

~~~> Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila 
          sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada 
          berlaku curang pada pasangan.

~~~> Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi 
          terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan    lain. 
         

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More